1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERASMIAN PROJEK PEMULIHARAAN PANTAI DAN PEMBAIKAN KUALITI AIR LAUT DI PANTAI BATU FERINGGI PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

12 Januari 2017 : Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah mengadakan Majlis Perasmian Projek Pemuliharaan Pantai dan Pembaikan Kualiti Air Laut di Pantai Batu Feringghi Pulau Pinang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim Bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Turut hadir adalah YBhg Dato’ Sri Azizan Bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBrs Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang dan YBhg Dato’ Sri Ir Haji Zulkefli Bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri. Projek yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM14 juta ini merupakan sebuah projek yang unik kerana struktur outfall (terowong air) dan wetland (tanah lembap) itu merupakan struktur pertama seumpamanya dibina di negara ini. Dengan adanya struktur 'outfall' dan 'wetland' ini, masalah seperti pencemaran sungai dan pantai di Batu Ferringhi, penutupan muara sungai dan hakisan pantai dapat diselesaikan di samping memulihara sungai dan pantai sedia ada di Batu Ferringhi. Pelaksanaan projek ini bukan sahaja memberi kesan kepada daya tahan terhadap kawasan pesisir pantai, malah turut menyumbang kepada peningkatan aktiviti ekonomi dari sudut pelancongan. Ini secara tidak langsung dapat mengembalikan imej pantai Batu Feringghi sebagai kawasan Hot Spot bagi destinasi pelancongan dan percutian popular di dalam dan luar negara.

Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian

Tarikh Kemaskini : 16 Januari 2017