1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (CTC) SIRI 1/2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Program Mobile CTC merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Di peringkat Negeri Pulau Pinang, Program Mobile CTC diteruskan lagi pada tahun 2017 dan telah diadakan buat julung kalinya bagi tahun ini di Hadapan SK Bertam Perdana dan SMK Bertam Perdana pada 21 Januari 2017 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program Mobile CTC diadakan dengan tujuan untuk menyediakan platform kepada rakyat terutamanya penduduk luar Bandar untuk mendapatkan perkhidmatan utama Kerajaan (key touchpoint services), penerangan mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang boleh disalurkan secara terus kepada kumpulan sasar serta memberi penerangan dan kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program, juga aktiviti melalui kementerian dan agensi kerajaan. Program Mobile CTC kali pertama tahun 2017 ini telah berlangsung dengan meriah dan berjaya menarik seramai 8,000 orang pengunjung dari awal pagi sehingga lewat petang dengan pelbagai aktiviti yang menarik diantaranya acara aerobathon yang disertai oleh 200 orang peserta, demonstrasi Tempur Tanpa Senjata oleh Angkatan Tentera Malaysia, pertandingan mewarna dan puzzle bagi kanak-kanak tadika, cabutan bertuah, walk in interview oleh Jobs Malaysia, servis motor percuma dan pelbagai lagi acara yang menarik untuk setiap peringkat umur. Program Mobile CTC pada kali ini telah menghimpunkan 36 jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan di peringkat Negeri yang menyediakan perkhidmatan di khemah dan 16 Mobile Bas / Van Pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, TEKUN Nasional, Pasar Bergerak 1Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institusi Perbankan. Menurut MOF, pada masa akan datang perkhidmatan pemeriksaan jantung oleh Institut Jantung Negara (IJN) akan dijemput untuk turut serta dalam Program Mobile CTC. Program Mobile CTC di Parlimen Kepala Batas ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Reezal Merican Bin Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Timbalan Pengarah Kanan (Fasilitasi), Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Haji Roslan Bin Saidin, ADUN Pinang Tunggal dan YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Pada hari tersebut, Yang Berhormat Dato' Sri Reezal Merican Bin Naina Merican juga turut merasmikan Surau SK Bertam Perdana dan menyampaikan bantuan pakaian sekolah anjuran GPMS di SMK Bertam Perdana.

 

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 23 Januari 2017

Program Mobile CTC merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Di peringkat Negeri Pulau Pinang, Program Mobile CTC diteruskan lagi pada tahun 2017 dan telah diadakan buat julung kalinya bagi tahun ini di Hadapan SK Bertam Perdana dan SMK Bertam Perdana pada 21 Januari 2017 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program Mobile CTC diadakan dengan tujuan untuk menyediakan platform kepada rakyat terutamanya penduduk luar Bandar untuk mendapatkan perkhidmatan utama Kerajaan (key touchpoint services), penerangan mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang boleh disalurkan secara terus kepada kumpulan sasar serta memberi penerangan dan kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program, juga aktiviti melalui kementerian dan agensi kerajaan. Program Mobile CTC kali pertama tahun 2017 ini telah berlangsung dengan meriah dan berjaya menarik seramai 8,000 orang pengunjung dari awal pagi sehingga lewat petang dengan pelbagai aktiviti yang menarik diantaranya acara aerobathon yang disertai oleh 200 orang peserta, demonstrasi Tempur Tanpa Senjata oleh Angkatan Tentera Malaysia, pertandingan mewarna dan puzzle bagi kanak-kanak tadika, cabutan bertuah, walk in interview oleh Jobs Malaysia, servis motor percuma dan pelbagai lagi acara yang menarik untuk setiap peringkat umur. Program Mobile CTC pada kali ini telah menghimpunkan 36 jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan di peringkat Negeri yang menyediakan perkhidmatan di khemah dan 16 Mobile Bas / Van Pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, TEKUN Nasional, Pasar Bergerak 1Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institusi Perbankan.