1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN PENGERUSI MAJLIS TINDAKAN PERSEKUTUAN NEGERI PULAU PINANG KE PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KAMPUNG TOK SUBOH, BUKIT MINYAK SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

10 Februari 2017 - YBhg Datuk Seri Zainal Abdidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) telah mengadakan lawatan kerja ke Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Tok Suboh, Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah bagi meninjau pelaksanaan projek perumahan ini. Lawatan ini turut di hadiri oleh YBhg Dato’ Musa Sheikh Fadzir, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Bukit Mertajam, YBrs Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang serta wakil-wakil Jabatan dan Agensi Persekutuan. Taklimat status pelaksanaan projek PPR di Kampung Tok Suboh ini telah disampaikan oleh En Hamdan Bin Noh, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Cawangan Pelaksanaan Projek Wilayah 1 yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pelaksanaan projek PPR ini melibatkan pembinaan sebanyak 231 buah rumah teres setingkat, sebuah surau, sebuah tadika dan sebuah dewan. Setiap rumah berkeluasan 1300 kaki persegi manakala keluasan lantai bagi setiap rumah adalah 700 kaki persegi. Rumah PPR ini dilengkapi dengan 3 buah bilik tidur, 2 buah bilik air, sebuah dapur lengkap dengan tabletop serta menggunakan lantai mozek bagi keselesaan penghuninya. Perumahan PPR boleh dijadikan tanda aras (benchmark) kepada projek-projek PPR lain disebabkan kualiti kemasan dan rekabentuknya yang unik serta berbeza dari PPR lain. Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang belum mempunyai kediaman sendiri untuk memiliki rumah yang lebih selesa dengan kadar sewa yang berpatutan. Projek ini dijangka akan dapat disiapkan mengikut jadual perancangan iaitu pada pertengahan bulan Ogos 2017.

Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian

Tarikh Kemaskini : 14 Februari 2017