1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERASMIAN PENGISYTIRAHAN NAMA MASJID JAMIUL SHARIF POKOK MACHANG PADA 10 MAC 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada Jumaat, 10 Mac 2017 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1438H, telah diadakan Majlis Perasmian Pengisytiharan Nama Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dengan mengisytiharkan nama baru bagi Masjid Pokok Machang kepada Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang. Majlis turut dihadiri oleh YB. Tuan Haji Omar bin Haji Abdul Hamid, ADUN Permatang Berangan, YB. Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Haji Sazali bin Hussein, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Ketua- ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta seluruh masyarakat yang berada dalam qaryah masjid tersebut. Majlis pada tengah hari tersebut bermula sebelum waktu solat Jumaat dan diakhiri dengan satu jamuan ringkas seusai solat Jumaat pada hari tersebut.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 17 Mac 2017