1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN MOCK CHEQUE GERAN TAHUNAN KEPADA PIHAK BERKUSA TEMPATAN (PBT) NEGERI PULAU PINANG DAN LAWATAN TURUN PADANG PROJEK KAMPUNG TRADISIONAL DAN KECIL KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN OLEH YB TAN SRI NOH BIN OMAR, MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 15 Mac 2017, bertempat di Pen Mutiara, Batu Maung telah diadakan Majlis Penyerahan Mock Cheque Geran Tahunan Kepada Pihak Berkusa Tempatan (PBT) Negeri Pulau Pinang oleh YB Tan Sri Noh Bin Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai di mana setiap PBT menerima geran tahunan berjumlah RM 5 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Pemberian geran secara tahunan oleh Kerajaan Persekutuan kepada PBT yang bermula pada tahun 2006 ini adalah bagi mengurus pentadbiran PBT dengan lebih baik. Pemberian ini juga adalah antara usaha Kerajaan Persekutuan menyokong PBT dalam melaksanakan tugasnya yang diharapkan dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan masyarakat setempat. Majlis ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Halimi Bin Abd. Manaf, Timbalan Ketua Setiausaha KPKT, Y.Bhg. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, pemimpin persekutuan tempatan Negeri Pulau Pinang serta ketua-ketua/wakil jabatan/agensi peringkat kementerian dan negeri. Menyusuli majlis tersebut, YB Tan Sri Noh Bin Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan turut mengadakan lawatan turun padang bersama pemimpin persekutuan tempatan dan pegawai-pegawai jabatan/agensi peringkat kementerian dan negeri ke Sekolah Agama Ridhwaniah Sungai Batu, Sekolah Agama Sungai Pinang, Balik Pulau, serta Kawasan Perumahan Kos Rendah Taman Sri Indah, Balik Pulau untuk melihat keperluan penyelenggaraan dan bina baru di ketiga-tiga lokasi tersebut. Hasil daripada lawatan turun padang yang diadakan, beliau telah mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM 1.7 juta untuk tujuan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan bina baru di ketiga-tiga lokasi yang dilawati.

Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas

Tarikh Kemaskini : 17 Mac 2017