1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM NEGARAKU MOBILE CTC SIRI 2 TAHUN 2017 DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK, SPS, PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Program Negaraku Mobile CTC Siri 2 Tahun 2017 telah diadakan dengan jayannya bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpan Ampat, SPS pada 08 April 2017 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Uniknya bagi siri kali ini, program telah bermula lebih awal iaitu pada 07 April 2017 (Jumaat) dengan penganjuran Malam Kesenian Islam yang diisi dengan pementasan Pentarama Nasyid daripada Jabatan Penerangan Malaysia yang membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama yang bertajuk 'Keluarga Bahagia' oleh Imam Muda Asyraf. Program malam Kesenian Islam telah berjaya mengumpulkan ribuan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan tempat untuk mendengar alunan nasyid dan ceramah agama yang dibawakan khas sempena Program Negaraku Mobile CTC Siri 2 Tahun 2017. Pada 08 April 2017, bermula jam 8.00 pagi Program Negaraku Mobile CTC telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kecergasan iaitu aerobathon, fun ride, pertandingan mewarna dan susun puzzle bagi kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah. Khemah dan bas-bas yang membawakan perkhidmatan utama kerajaan juga telah dibuka seawal jam 8.00 pagi dan acara kemuncak bermula jam 11.00 pagi dengan ucapan aluan oleh YB. Dato’ Hj. Mahmud Bin Zakaria, ADUN Sg. Acheh dan lafaz perasmian oleh YB. Dato’ Hjh. Jahara Binti Hamid, ADUN Teluk Air Tawar. Selaku penganjur bersama, Kementerian Kewangan Malaysia diwakili oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Timbalan Pengarah Kanan (Fasilitasi), Unit Strategi Nasional dan ICU, JPM dihadiri oleh YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Program Negaraku Mobile CTC kali kedua tahun 2017 ini telah berlangsung dengan meriah dan berjaya menarik seramai 6,338 orang pengunjung dari awal pagi sehingga lewat petang dengan pelbagai aktiviti yang menarik diantaranya demonstrasi Silat Gayung oleh Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia Cawangan Nibong Tebal, walk in interview oleh Jobs Malaysia, servis motor percuma, jualan barang keperluan harian dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran oleh FAMA, Bazar Wanita 1Malaysia, Karnival Usahawan oleh Sekolah Kebangsaan Seri Tasek dan pelbagai lagi acara yang menarik untuk setiap peringkat umur. Pada kali ini, Program Negaraku Mobile CTC telah menghimpunkan 36 jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan di peringkat Negeri yang menyediakan perkhidmatan di khemah dan 12 Mobile Bas / Van Pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, TEKUN Nasional, Pasar Bergerak 1Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Institusi Perbankan. Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Ceramah Motivasi kepada pelajar sekolah rendah anjuran GPMS dan di pentas utama telah berlangsungnya persembahan live band, pertandingan karaoke dan penyampaian hadiah utama pertandingan futsal serta cabutan bertuah. Pada keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang tinggi kepada orang ramai kerana ianya telah memberi kemudahan kepada rakyat bersesuaian dengan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam, di mana perkhidmatan utama Kerajaan didatangkan kepada rakyat dan orang ramai tidak perlu ke premis jabatan-jabatan Kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

 

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 10 April 2017

Program Negaraku Mobile CTC Siri 2 Tahun 2017 telah diadakan dengan jayannya bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpan Ampat, SPS pada 08 April 2017 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Uniknya bagi siri kali ini, program telah bermula lebih awal iaitu pada 07 April 2017 (Jumaat) dengan penganjuran Malam Kesenian Islam yang diisi dengan pementasan Pentarama Nasyid daripada Jabatan Penerangan Malaysia yang membawakan Kumpulan Nasyid Shoutul Sahabah dan Ceramah Agama yang bertajuk 'Keluarga Bahagia' oleh Imam Muda Asyraf.