1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG BIL 2 TAHUN 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Bil. 2 Tahun 2017 telah berlangsung dengan kehadiran semua warga 5P pada 28 April 2017 bertempat di Anjung Putra, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Dalam majlis ini, YBhg. Tuan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang berkesempatan untuk menyampaikan amanat beliau kepada semua pegawai dan kakitangan 5P dan membuat kesimpulan bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan yang telah dianugerahkan oleh Allah. S. W. T. Namun kelemahan yang ada tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak boleh mencapai kecemerlangan. Justeru itu, kelebihan dan kekurangan individu yang ada di dalam organisasi perlu diimbangi dengan semangat bekerjasama untuk memastikan kelemahan yang ada pada setiap individu tidak menjadi penghalang kearah mencapai kejayaan yang kita inginkan. Dalam erti kata lain ‘Working together in harmony is a recipe for organization success in 5P’. Bagi tujuan tersebut, warga 5P perlu sentiasa peka dan responsif terhadap keperluan organisasi dan semua pihak perlu sentiasa mengamalkan sikap terbuka terhadap teguran kerana kerja yang kita lakukan akan sentiasa dinilai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Majlis diteruskan dengan sesi ceramah motivasi oleh YBrs. Encik Haqqim Harun, Founder, Professional Learning Facilitator and SOIF Coach of Haqqim Harun Consulting dengan tajuk Take Charge!. Sesi ceramah ini telah dikendalikan dengan kaedah penyampaian secara interaksi dua hala yang diselang selikan dengan pelbagai aktiviti. Diakhir ceramah yang disampaikan, warga 5P telah dapat melihat setiap permasalahan yang berlaku dalam kehidupan dengan cara yang lebih positif dan belajar untuk tidak menyalahkan sesiapa apabila menghadapi sebarang isu yang perlu diselesaikan. Perhimpunan Bulanan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Bil. 2 Tahun 2017 selesai pada jam 12.15 tengahari.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 2 Mei 2017