1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN TURUN PADANG DAN TINJAUAN PROJEK MEMBINA SEBUAH DEWAN SERBAGUNA MASYARAKAT DI KAWASAN NIBONG TEBAL DAN DEWAN JKKKP JALAN BARU SPS

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

2 Mei 2017 – YB Dato‘ Mahmud bin Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh bersama-sama YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Pulau Pinang telah mengadakan satu lawatan turun padang untuk meninjau kemajuan terkini Projek Membina Sebuah Dewan Serbaguna Masyarakat Di Kawasan Nibong Tebal dan Projek Membina Dewan JKKKP Jalan Baru, Seberang Perai Selatan (SPS). Lawatan ini turut disertai oleh wakil Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang serta pegawai-pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Daerah Sebarang Perai Selatan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang dan JKKKP Seri Permatang. Satu mesyuarat penyelarasan turut diadakan bagi membincangkan proses penyerahan Dewan Serbaguna Masyarakat Kawasan Nibong Tebal kepada JPN Pulau Pinang setelah ia siap dibina sepenuhnya. Sebuah jawatankuasa sementara telah dicadang penubuhannya dan akan bertindak sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan dewan tersebut agar dewan ini dapat dimanfaatkan dengan segera oleh masyarakat setempat. Sementara itu, dalam lawatan ke Projek Membina Dewan JKKKP Jalan Baru, YBrs. PKN Pulau Pinang telah mengingatkan pihak kontraktor supaya menitikberatkan isu kualiti dan kekemasan kerja serta melahirkan rasa berpuas hati dengan prestasi pelaksanaan projek tersebut.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 8 Mei 2017