1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN TURUN PADANG DAN TINJAUAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI DI KAWASAN PARLIMEN KEPALA BATAS

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

18 Mei 2017 – YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Pulau Pinang telah mengadakan satu lawatan turun padang untuk meninjau kemajuan terkini projek-projek di bawah Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri di kawasan Parlimen Kepala Batas. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara Kepala Batas serta wakil-wakil daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas, Pusat Khidmat DUN Bertam, Pusat Khidmat DUN Penaga dan kontraktor-kontraktor yang terlibat. Lawatan tersebut telah melibatkan sebanyak lima projek yang sedang dalam pelaksanaan, iaitu:

 

1. Menaiktaraf Masjid Jamek Padang Benggali, Kepala Batas, Pulau Pinang

2. Menaiktaraf Dan Membina Bangunan Tambahan Masjid Jamek Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang

3. Menaik Taraf Sekolah Rendah Agama Daerahtul Ma'arifil Wataniah (SRA DMV) Kepala Batas

4. Membina Bangunan Baru Kafa Di Kawasan Paya Keladi Masjid, Kepala Batas, Pulau Pinang

5. Membina Baru Masjid Qaryah Seri Serdang Di Atas Lot 1077 Pt 63, Mukim 6, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

 

YBrs. PKN Pulau Pinang telah diberi taklimat berkaitan pelaksanaan projek serta melihat sendiri kemajuan kerja yang sedang berjalan. Pihak kontraktor telah diingatkan supaya menitikberatkan isu kualiti dan kekemasan kerja serta dipohon untuk menyegerakan projek-projek agar dapat disiapkan dengan sempurna lebih awal daripada jadual perancangan. Ia supaya kemudahan-kemudahan baru yang disediakan ini dapat digunakan secepat mungkin terutamanya para jemaah yang terpaksa mengadakan aktiviti keagamaan di bangunan sementara serta para pelajar yang terpaksa belajar di bangunan yang uzur. Kerajaan Persekutuan akan sentiasa komited dalam memastikan syiar Islam terus berkembang di Pulau Pinang.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 19 Mei 2017

18 Mei 2017 – YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Pulau Pinang telah mengadakan satu lawatan turun padang untuk meninjau kemajuan terkini projek-projek di bawah Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri di kawasan Parlimen Kepala Batas. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara Kepala Batas serta wakil-wakil daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas, Pusat Khidmat DUN Bertam, Pusat Khidmat DUN Penaga dan kontraktor-kontraktor yang terlibat. Lawatan tersebut telah melibatkan sebanyak lima projek yang sedang dalam pelaksanaan.