1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS KENDURI RAKYAT / PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT PARLIMEN PERMATANG PAUH PADA 17 OGOS 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

17 Ogos 2017 (Khamis) : Majlis Kenduri Rakyat / Pemimpin Bersama Rakyat telah diadakan di Politeknik Seberang Perai bermula pada jam 8.30 pagi. Signifikannya majlis pada hari tersebut adalah kerana hanpir 22,000 orang rakyat Negeri Pulau Pinang khususnya penduduk di Pematang Pauh dapat bersama-sama duduk bersila dan makan tengahari bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia walaupun pada asalnya pengunjung yang disasarkan adalah sebanyak 20,000 orang sahaja. Catatan angka 22,000 orang yang turun ke padang Politeknik Seberang Perai tersebut telah melakar sejarah baru bagi Malaysia dengan tercatatnya didalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan terbanyak makan secara bersila bersama YAB Perdana Menteri Malaysia. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri selaku penyelaras majlis telah berganding bahu dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat bagi menjayakan majlis yang gilang gemilang ini. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk Mohd. Zaidi Bin Mohd. Said, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Permatang Pauh dan sokongan padu daripada YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang telah membuktikan bahawa kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia ke Negeri Pulau Pinang sentiasa dinanti-nantikan bagi menjelaskan bahawa rakyat negeri Pulau Pinang sentiasa dekat di hati pucuk pimpinan Kerajaan Persekutuan. Semasa ucapan beliau, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM45 juta untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama Seberang Perai Tengah yang merupakan satu-satunya sekolah agama di Permatang Pauh. Hal ini telah diambil perhatian oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang selaku penyelaras projek pembangunan di Negeri Pulau Pinang dan perancangan awal pembinaan akan bermula dalam tempoh terdekat. Kehadiran YAB Perdana Menteri pada hari tersebut turut disambut oleh YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Dato’ Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri dan YB Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan. Pada hari tersebut, terdapat juga pelbagai perkhidmatan kerajaan dan NGO yang menawarkan perkhidmatan secara turun padang kepada para pengujung diantaranya khemah jualan barang mentah daripada FAMA, 15 buah food truck yang meyajikan pelbagai jenis makanan dan minuman, kaunter-kaunter perkhidmatan kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihanraya, Pemeriksaan Kesihatan oleh LPPKN dan bas daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di Permatang Pauh ini selesai pada jam 2.00 petang. Lawatan kerja YAB Perdana Menteri di Pulau Pinang diteruskan ke Majlis Pelancaran NCER Blue Print 2.0 and Roadshow di SPICE Convention Centre, Bukit Jambul dan Lawatan Projek Perumahan Kos Sederhana Casa Anggun (Projek Perumahan JKP Sdn Bhd), Sungai Nibong. YAB Perdana Menteri berangkat pulang ke Putrajaya pada jam 6.00 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

 

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 18 Ogos 2017