1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA BILAL DAN SIAK NEGERI PULAU PINANG SECARA ONE OFF TAHUN 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pemberian Sumbangan Kepada Bilal dan Siak Negeri Pulau Pinang Secara One Off Tahun 2017 telah diadakan pada 16 Ogos 2017 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Politeknik Seberang Perai melibatkan seramai 745 orang bilal dan siak di Negeri Pulau Pinang. Sumbangan ini merupakan salah satu Inisiatif Belanjawan bagi Tahun 2017 di mana setiap bilal dan siak yang disahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang akan menerima sumbangan sebanyak RM500.00. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato' Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang dengan menyerahkan kesemua cek tersebut kepada setiap Pejabat Pusat Khidmat Parlimen. Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang selaku penyelaras peruntukan Kerajaan Persekutuan akan memastikan Pejabat Pusat Khidmat Parlimen mengagihkan cek kepada bilal dan siak sebagai wakil kepada Kerajaan Persekutuan sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu pada 01 September 2017 dengan kerjasama Pejabat Tadbir Agama Daerah bagi melancarkan urusan pengagihan sumbangan. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan urusan para bilal dan siak di Pulau Pinang sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 28 Ogos 2017