1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG BIL 4 TAHUN 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

24 Ogos 2017 : Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Bil 4 Tahun 2017 telah berlangsung dengan kehadiran semua warga 5P bertempat di Anjung Putra, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. YBhg. Dato' Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah berkesempatan menyampaikan amanat beliau dengan menekankan bahawa semangat dan kerjasama untuk melaksanakan setiap tugasan secara berkumpulan adalah faktor penting bagi menjamin kecemerlangan sesebuah organisasi. Hal ini terbukti dengan kejayaan yang telah dicapai oleh 5P dalam melaksanakan program berskala besar hasil daripada kerjasama dan komitmen warga 5P dengan pelbagai pihak luar dan masyarakat. Jalinan hubungan yang baik antara warga 5P dengan agensi Kerajaan Persekutuan, NGO dan Pemimpin-pemimpin Tempatan telah memberi impak yang positif terhadap program yang dilaksanakan serta menjadi medium pemudahcara antara Agensi Persekutuan dengan masyarakat setempat. Selain itu, YBhg. Dato' Pegawai Kemajuan Negeri juga menyarankan agar warga 5P disemua peringkat untuk memberi perhatian terhadap ketelitian dalam melaksanakan tugasan seharian khususnya yang melibatkan dokumen. Ketelitian dalam melaksanakan tugasan adalah cara bagi mengelakan kesilapan daripada berlaku dan mempamerkan cara kerja yang cemerlang. Dikesempatan ini juga, YBhg. Dato' Pegawai Kemajuan Negeri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga 5P memandangkan kedua-kedua tarikh penting tersebut akan tiba tidak lama lagi. Perhimpunan diteruskan dengan sesi ceramah motivasi oleh YBrs. Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli, Pensyarah di Universiti Sains Malaysia. Ceramah yang disampaikan dengan cara yang santai dapat menarik minat warga 5P untuk mengambil perhatian mengenai perkara yang dikongsikan dalam sesi tersebut. Terdapat banyak input positif yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian khususnya bagi warga 5P yang majoritinya telah berkeluarga dan dalam masa yang sama memikul amanah ditempat kerja. Dengan cara pembahagian masa secara bijak untuk melakukan aktiviti yang diminati dan melaksanakan kerja di pejabat, kestabilan emosi akan terus kekal seterusnya motivasi kerja tidak akan pudar. Motivasi kerja adalah satu perkara yang perlu ada dalam diri setiap individu khususnya warga 5P bagi menghasilkan kerja yang berkualiti. Perhimpunan Bulanan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Bil. 4 Tahun 2017 selesai pada jam 12.00 tengahari.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 28 Ogos 2017