1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG PADA 30 OGOS 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

30 Ogos 2017 (Khamis) - Bertempat di Midtown PERDA, Kubang Menerong di Parlimen Tasek Gelugor telah berlangsungnya Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Pulau Pinang sempena ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Malaysia ke-60 yang mengekalkan tema sambutan “Negaraku Sehati Sejiwa”. Pada tahun ini, majlis Ambang Merdeka peringkat Negeri Pulau Pinang disambut dengan sedikit kelainan iaitu digabungkan bersama Majlis Penutup Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBEX) 2017 dan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 yang telahpun berlangsung pada 25 hingga 30 Ogos 2017. YBhg Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang dan barisan kepimpinan kehormat termasuklah YB ADUN Sungai Dua, YB ADUN Permatang Berangan dan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah dijemput untuk meraikan sambutan Ambang Merdeka peringkat Negeri Pulau Pinang bersama-sama hampir 10,000 rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo PENBEX, Midtown PERDA dengan melaungkan “MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA” sebanyak tujuh kali dan diikuti nyanyian lagu kebangsaan. Acara sambutan Ambang Merdeka pada kali ini diserikan dengan aktiviti pertandingan Karaoke Merdeka, Forum Bual Bicara, Klinik Trapeze, pertandingan Autoshow, pertunjukan Freestyle BMX dan persembahan tarian kebudayaan serta nyanyian oleh artis-artis tersohor tanahair.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 5 September 2017