1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM NBOS MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD (MYBN) TAHUN 2017 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

14 Oktober 2017 (Sabtu): Serentak dengan pelancaran Program NBOS My Beautiful Neighobourhood (MyBN) di seluruh negara oleh YAB Perdana Menteri di Taman Saujana Utama, Kuala Selangor, Program NBOS My Beautiful Neighobourhood (MyBN) Peringkat Negeri Pulau Pinang telah dilancarkan dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang di Bandar Tasek Mutiara Fasa 1, Simpang Ampat, Nibong Tebal. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri, wakil Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta jabatan/agensi persekutuan dan negeri. Seramai 700 orang peserta yang terdiri daripada penduduk setempat dan wakil jabatan/agensi persekutuan dan negeri telah hadir memeriahkan pelbagai aktiviti yang dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan Persatuan Penduduk Bandar Tasek Mutiara. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan kawasan, membina tembok Dewan Serbaguna Bandar Tasek Mutiara, pemangkasan dahan pokok, mengecat penanda jalan, pameran dan pemeriksaan kesihatan serta mengacau bubur asyura. Selain di Bandar Tasek Mutiara Fasa 1, terdapat lima lokasi di dua Parlimen berasingan yang mengadakan program yang sama iaitu:

(1) Kuala Pulau Betong, Pulau Betong, Parlimen Balik Pulau yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau dengan jumlah kehadiran seramai 350 orang.

(2) Flat Mutiara Perdana 1, Bayan Lepas, Parlimen Balik Pulau yang dirasmikan oleh YB Tuan Haji Nordin bin Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas dengan jumlah kehadiran seramai 315 orang.

(3) Flat Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Parlimen Tasek Gelugor yang dirasmikan oleh YB Datuk Shabudin bin Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor dengan jumlah kehadiran seramai 300 orang.

Program gotong-royong besar-besaran ini telah melibatkan penyertaan daripada pelbagai jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan Negeri, jabatan/agensi Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun Persekutuan Negeri, JPP dan JKKKP kawasan serta penduduk setempat. Dianggarkan kira-kira lebih 1,665 orang telah menyertai program gotong-royong yang dilaksanakan di semua lokasi di Negeri Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas

Tarikh Kemaskini : 19 Oktober 2017