1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM PEMANTAPAN JATI DIRI WARGA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG TAHUN 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Program Pemantapan Jati Diri Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah diadakan di Regency Hotel, Gunung Jerai, Kedah pada 27 sehingga 29 Oktober 2017 (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Program yang melibatkan seramai 50 orang pegawai dan kakitangan 5P ini diketuai oleh YBhg. Dato' Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam tersebut diisi dengan aktiviti yang mencabar fizikal dan mental peserta melalui aktiviti jungle trekking dan hiking Gunung Jerai sehingga ke puncak bagi memupuk semangat setiakawan dan persepakatan dalam menjayakan sesuatu misi. Pada sebelah malam program diteruskan dengan sesi motivasi yang dikendalikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Shukor Bin Haji Md Yusoff, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM (Pulau Pinang) dengan kaedah penyampaian yang berjaya menarik minat dan menaikkan semangat para paserta. Aktiviti fizikal secara berpasukan seperti ini menjadi medium terbaik untuk mempertingkatkan semangat untuk terus berusaha dan bekerjasama dikalangan warga 5P dalam suasana yang harmoni. Semoga dengan aktiviti seperti ini, 5P akan terus menjadi satu agensi persekutuan yang dapat melahirkan penjawat awam yang berkualiti dari aspek mental dan fizikal.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 30 Oktober 2017