1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN YAB PERDANA MENTERI KE KAWASAN DILANDA BANJIR DI NEGERI PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

7 November 2017 (Selasa): YAB Perdana Menteri (PM) tiba di TUDM Butterworth sekitar jam 9.45 pagi bagi meninjau sendiri keadaan banjir di Negeri Pulau Pinang. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Sri Rosmah Mansor dan disertai oleh Menteri Pengangkutan, YBhg. Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong serta rombongan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. YAB PM bersama rombongan kemudiannya dibawa ke Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah untuk diberikan taklimat oleh YBhg. Dato' Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Tuan Ir. Sabri Bin Abdul Mulok, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang berkenaan situasi banjir di negeri ini serta cadangan pelan mitigasi bagi mengatasi isu banjir ini. Selepas sesi taklimat tersebut, YBhg. Datin Sri Rosmah Mansor telah menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia dan BAKTI kepada YBhg. Dato’ Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang untuk keperluan membantu mangsa-mangsa banjir dari kawasan Bukit Mertajam. Rombongan YAB PM kemudiannya dibawa melawat sekitar pusat pemindahan banjir di dewan Pejabat Daerah dan Tanah dan meluangkan masa lebih 30 minit beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir. YAB PM dan isteri kemudian meredah air banjir bagi melawat mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan Surau Kampung Tanjung Putus, Parlimen Permatang Pauh serta menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada mereka. Beliau seterusnya dibawa ke pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ar-Ridwan, Nyior Sebatang, Parlimen Tasek Gelugor bagi melawat penduduk yang terjejas banjir di kawasan itu. Dalam sidang media selepas sesi lawatan, YAB PM menyatakan bahawa 13 projek tebatan banjir dengan anggaran kos RM1 bilion telah dikenal pasti dan telah meminta Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri mengadakan satu mesyuarat untuk menentukan keutamaan projek-projek tebatan banjir untuk dikemukakan bagi pertimbangan berasaskan kemampuan kewangan Kerajaan Persekutuan. Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada rakyat dan pengusaha tempatan supaya tidak menjadikan sungai, parit, monsoon drain sebagai tempat pembuangan sampah kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Kerajaan Negeri juga turut diminta agar memastikan setiap projek pembangunan mengikuti syarat yang ditetapkan sebelum diluluskan. Selanjutnya, YAB PM turut memuji kerjasama yang telah ditunjukkan antara Jabatan/ Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan menegaskan bahawa Kerajaan Pusat sentiasa mengutamakan kebajikan dan keselamatan rakyat terutamanya dalam masa kecemasan dan bencana. Dalam majlis yang sama, YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor telah menyampaikan sumbangan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 8 November 2017

7 November 2017 (Selasa): YAB Perdana Menteri (PM) tiba di TUDM Butterworth sekitar jam 9.45 pagi bagi meninjau sendiri keadaan banjir di Negeri Pulau Pinang. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Sri Rosmah Mansor dan disertai oleh Menteri Pengangkutan, YBhg. Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong serta rombongan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. YAB PM bersama rombongan kemudiannya dibawa ke Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah untuk diberikan taklimat oleh YBhg. Dato' Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Tuan Ir. Sabri Bin Abdul Mulok, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang berkenaan situasi banjir di negeri ini serta cadangan pelan mitigasi bagi mengatasi isu banjir ini. Selepas sesi taklimat tersebut, YBhg. Datin Sri Rosmah Mansor telah menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia dan BAKTI kepada YBhg. Dato’ Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang untuk keperluan membantu mangsa-mangsa banjir dari kawasan Bukit Mertajam. Rombongan YAB PM kemudiannya dibawa melawat sekitar pusat pemindahan banjir di dewan Pejabat Daerah dan Tanah dan meluangkan masa lebih 30 minit beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir. YAB PM dan isteri kemudian meredah air banjir bagi melawat mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan Surau Kampung Tanjung Putus, Parlimen Permatang Pauh serta menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada mereka. Beliau seterusnya dibawa ke pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ar-Ridwan, Nyior Sebatang, Parlimen Tasek Gelugor bagi melawat penduduk yang terjejas banjir di kawasan itu.