1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TOUCH POINT 2.0 PARLIMEN BALIK PULAU TAHUN 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

18 November 2017 (Sabtu) : Pejabat Pembangunan Daerah Zon Pulau telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Touch Point 2.0 Parlimen Balik Pulau Tahun 2017 di perkarangan rumah salah seorang peserta Program Touch Point 2.0 iaitu Encik Abdullah Sidek bin Mohamed beralamat di 1197 MK 11 Sungai Batu, Teluk Kumbar, Bayan Lepas. Majlis ini dianjurkan bersama Pejabat Ahli Parlimen Balik Pulau, Pejabat DUN Bayan Lepas, JKKKP Sungai Batu dan Kolej Komuniti Negeri Pulau Pinang. Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau dan turut dihadiri oleh YB Haji Nordin bin Ahmad, ADUN Bayan Lepas, YB Datuk Shah Headan bin Ayoob Husain Shah, ADUN Teluk Bahang, YBhg. Dato’ Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang serta Pengetua Kolej Komuniti Seluruh Negeri Pulau Pinang. Dalam majlis tersebut, YB Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi bin Haji Yahaya telah melawat rumah Encik Abdullah Sidek bin Mohamed dan turut berbesar hati menyampaikan sumbangan bantuan keperluan asas kepada 10 orang penduduk miskin Kampung Sungai Batu serta penyerahan plak program baik pulih rumah oleh kolej komuniti kepada setiap wakil DUN Bayan Lepas, DUN Pulau Betong dan DUN Teluk Bahang.

Sumber : Pejabat Pembangunan Daerah (Pulau)

Tarikh Kemaskini : 30 November 2017