idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN PROJEK BUKIT BENDERA LALUAN BY PATH

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Satu lawatan penilaian outcome telah diadakan pada 23 Julai 2019 ke Bukit Bendera bagi menilai projek Menaiktaraf Bypath E, F, G, H, I dan J Bukit Bendera . Projek yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MoTAC)telah disiapkan pada 23 Disember 2016 bertujuan menarik lebih ramai pelancong luar dan dalam negara.Lawatan diketuai oleh Pengarah Pembangunan Negeri, YBhg. Dato' Dr Mohamad Farazi bin Johari disertai oleh pegawai-pegawai Seksyen Pemantauan dan Penilaian PPNPP serta wakil Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pulau Pinang. Lawatan disambut oleh Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Negeri Pulau Pinang (PBBNPP), Dato' Cheok Lay Leng serta pegawai-pegawai Bahagian Perancangan dan Pembangunan PBBNPP.Taklimat berkaitan projek disampaikan oleh Puan Lngeshwary a/p Bashkaran. Pengarah PPNPP bersama-sama rombongan lawatan kemudiannya dibawa melawat Bypath G dan J bagi melihat keadaan dan kemudahan yang disediakan. 

 

 

Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian

Tarikh Kemaskini : 26 Julai 2019