idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

FAQ'S

FAQ'S SPP II FAQ'S PENTADBIRAN FAQ'S E-KASIH FAQ'S TEKNIKAL FAQ'S SISTEM


FAQ'S PENILAIAN OUTCOME

 

1. Apakah Penilaian Outcome ?

 

Penilaian Outcome adalah proses pengumpulan data secara terperinci, lengkap dan bebas bagi memaklumkan kepada stakeholders mengenai kesan yang berlaku selepas sesuatu program/projek pembangunan dilaksanakan. Ia akan menilai sejauhmana objektif dan sasaran outcome yang digariskan di peringkat perancangan benar-benar tercapai sekaligus mengukur kesan dan perubahan yang berlaku terhadap golongan sasar dari aspek sosial, ekonomi, politik dan juga alam sekitar.

 

2. Apakah Kitaran Projek ?

 

Kitaran projek terdiri daripada perancangan, pelaksanaan dan penilaian.

 

3. Apakah Punca Kuasa Bagi Penilaian Outcome ?

 

Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2005: Garis Panduan Penilaian Program Pembangunan yang dikeluarkan pada/bertarikh 24 Ogos 2005.

 

4. Apakah Faedah Penilaian Outcome ?

 

a.membantu stakeholders membuat keputusan yang lebih berimbang

b.mengurangkan risiko

c.meningkatkan kecekapan dan integriti agensi

d.memastikan terdapat nilai pulangan pelaburan yang bersesuaian

e.memenuhi kehendak stakeholders dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

 

5. Langkah-Langkah Penyediaan Laporan Penilaian Outcome

 

a.Pengenalpastian Program/Projek

b.pembentukan Terma Rujukan (TOR)

c.pengumpulan data

d.penganalisisan data

e.penyediaan laporan

f.pembentangan

 

6. Apakah Kriteria Bagi Pemilihan Projek Untuk Dibuat Kajian Penilaian Outcome ?

 

a.kepentingan nasional

b.keutamaan kementerian/agensi/jabatan/kerajaan negeri

c.golongan sasar yang besar

d.kos yang tinggi

e.kesan berganda

 

7. Apakah Kriteria Indikator Pencapaian Yang Baik?

 

a.specific (S)

b.measurable (M)

c.accurate (A)

d.relevant (R)

e.timeliness (T)

 

8. Apakah Software Yang Digunakan Dalam Data Analisis (Data Primer)?

 

Statistical Package for Social Sciences (SPSS)

 

9. Format Laporan Penilaian Outcome ?

 

a.tujuan

b.latar belakang Program/Projek

c.terma Rujukan (TOR)

d.analisis

e.pemerhatian dan keputusan

f.isu dan masalah

g.syor/cadangan

h.rumusan

 

10. Apakah forum untuk pembentangan kajian Penilaian Outcome?

 

a.Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome ICU JPM (JKPO)

b.Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK)

c.Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN)

d.Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg) dan Majlis Tindakan Negeri (MTNg)

e.Majlis Tindakan Negara (MTN)

 

11. Penjelasan mengenai Modul Penilaian Outcome

 

Modul Penilaian Outcome merupakan salah satu modul utama di dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) yang bertujuan membolehkan penilaian berasaskan teras, dasar, program dan projek dijana dengan cepat dan tepat membantu pemantauan outcome sesuatu program dan projek terhadap kumpulan sasar.

 

Laman freaquent ask question sistem menyediakan jawapan kepada persoalan kepada sistem seperti sistem e kasih, sistem spp 2, sistem i charge u, sistem e merah, sistem pelan strategik dan sistem call centre.