idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PERUTUSAN PENGARAH PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

Maklumat CIO

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera

 

Sayangi Malaysiaku

Selamat datang ke laman web Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (5P).

 

Laman web ini menyediakan maklumat kepada para pengunjung mengenai peranan jabatan dan perkhidmatan yang disediakan, selain memaparkan aktiviti-aktiviti jabatan. Seiring dengan matlamat untuk memberi perkhidmatan terbaik dengan cepat dan cekap, 5P sentiasa responsif dengan perkembangan semasa.

 

Selaku agensi pusat utama dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek di negeri Pulau Pinang, 5P akan terus berperanan dalam memastikan projek dilaksanakan seperti yang dirancang, selain berperanan sebagai penyelesai masalah (trouble shooter) ke atas projek dan program yang bermasalah sekaligus memastikan objektif pembangunan Kerajaan dipenuhi.

 

Dalam era Revolusi Industri 4.0, pejabat ini sentiasa menekankan pembudayaan penggunaan ICT dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam agar lebih berkesan, cekap dan berkualiti. Penyediaan elemen interaktif seperti e-Khas dan Sistem Pemantauan Projek 2 (SPP2) membantu dalam menyelaras pengurusan projek. Sistem e-Kasih pula menyimpan rekod maklumat profail kemiskinan serta menyediakan kemudahan permohonan dan pemantauan bantuan. Sementara sistem e-Perolehan memberi kemudahan dalam mengurus pesanan pembelian dan penerimaan bayaran menerusi internet. Harapan saya agar laman web ini dapat meningkatkan pengetahuan dan penyampaian maklumat kepada pengunjung. Sebarang pandangan dan cadangan sentiasa saya alu-alukan demi kebaikan dan manfaat bersama.

 

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

 

Selamat datang saya ucapkan kepada para pengunjung Portal Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP). Semoga tahun ini usaha dan hasil kerja kami dapat digandakan dimana akhirnya produktiviti dipertingkatkan ke tahap yang terbaik. Laman Web Rasmi PPPPP ini mengandungi informasi yang dapat mengambarkan kepada anda semua mengenai senario sebenar agenda Kerajaan Persekutuan dalam memacu pembangunan rakyat khsususnya di Negeri Pulau Pinang. Selaras dengan visi ICU JPM untuk menjadi agensi pusat yang utama dalam penyelarasan dan pemantauan pembangunan negara, kami di PPPPP sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab dalam memastikan rakyat di Negeri Pulau Pinang tidak ketinggalan dalam setiap program dan aktiviti Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan, pastinya untuk meningkatkan tahap kesejahteraan kepada semua peringkat rakyat. Dalam menongkah arus perdana yang pesat, seharusnya tiada golongan rakyat yang jauh ketinggalan khususnya dari aspek kesejahteraan hidup. Dengan pelbagai program dan inisiatif kerajaan serta terbinanya pelbagai kemudahan dan infrastruktur di Pulau Pinang jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi perhatian yang signifikan mengenai aspek keseimbangan taraf hidup rakyat. Akhir kata, PPPPP akan terus menjadi agensi utama yang berperanan sebagai penyelaras dan pelaksana program/aktiviti Kerajaan Persekutuan di Negeri Pulau Pinang. Selamat melayari Laman Web Rasmi PPPPP untuk informasi terkini.