idirektori

iDirektori
ICU JPM Directory

Client's Charter

Client's Charter
Janji ICU JPM.

Staff Directory

Staff Directory
Maklumat Pegawai.

Tender / Quotation

Tender / Quotation
Muat Turun Borang.

MESSAGE FROM DIRECTOR

Maklumat CIO

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatnya membolehkan kita bersua lagi di tahun 2019 ini.

 

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas kegigihan dan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan aspirasi kerajaan sepanjang tahun 2018.

 

 

Dalam era Malaysia baharu ini, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang akan terus mendukung dan melaksanakan setiap dasar dan polisi kerajaan terutamanya dalam penyelarasan pelaksanaan dan pemantauan projek-projek persekutuan di negeri Pulau Pinang dengan penuh profesionalisme dan integriti bagi merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai ‘Harimau Asia’

 

 

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang akan terus mengamalkan budaya kerja cemerlang berdasarkan semangat esprit de corps melalui kerja berpasukan beserta ketekunan dan kegigihan agar semua program dan projek akan mencapai matlamat yang disasarkan.

 

Selamat Tahun Baru!

 

DATO' DR. MOHAMAD FARAZI BIN JOHARI

Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang